Tuesday, 13 November 2012

salah tafsir

Assalamualaikum pembuka bicara..

Sepanjang sebulan aku berblog,1st time aku konfius nak taruk tajuk sesuai. Macam-macam tajuk yang ada dalam kepala hotak aku neh. Salah Faham, Salah Maksud, Misunderstanding, Loghat n macam-macam lagilah. Fikir punya fikir, finally aku rasa better aku taruk aja, Salah Tafsir. Ngeh3 langsung tadak dalam senarai Brainstorm. Takpalah janji ada tajuk. Tak gitu?? Pendapat ampa, tajuk apa yang sesuai untuk entri ni??


*****

Susah oo kalau salah tafsir. Silap-silap boleh gaduh kalau tak disetelkan dengan cepat. Setiap orang comfirm penah alami masalah ni kan?? Oleh sebab aku pon orang makanya aku tak dapat lepas daripada terima pengalaman tu. Meh nak share sket pengalaman salah tafsir yang pernah aku alami..

*****

1st pengalaman, masa mula-mula masuk matrik. Dulu perkataan 'salin' sememangnya aku sebut dalam BM iaitu salin. Bila masuk matrik aja majoriti cakap copy.


Cuak + terkejut jugaklah tyme ni. Mana taknya, penat tangan aku menyalin nota kuliah yang 2 jam nya. Sapa tak marah beb kalau kotoq. Jenuh nak salin balik. Ghhghjkxbkli....

*****

2nd pengalaman paling tak dapat lupa.Masih kat matrik. Otw nak pi main beskal, tiba-tiba lupa bawak matrik kad. Balik bilik cari purse sebab kad matrik ada dalam tu. Tak jumpa. Then tanya rumet, orang kelate.



Siyesly masa tu aku tak tau yang kopek dalam loghat kelate maksudnya tuuuttt. Kalau dalam loghat kedah, maksudnya purse. Sebab tu aku releks aja sebut. Hehe sian rumet aku. Merah padam muka dia tahan malu + marah. Haha sorry ek rumet. Tulah sapa suruh hang tak habaq awai2.

*****

3rd pengalaman, masih lagi dengan si rumet. Tyme cuti sem saja-saja mesej dia. Konon-konon nak tanya habaq.


Masa dapat mesej ni ingatkan rumet saja nak melawak bodoh ngan aku. Alih-alih memang betoi. Kue Taik Itik rupanya. Ces rasa macam dipermainkan. Lain kali letaklah perkataan kue kat depan tu. Hmm rumet cakap aja nak bawak kasi aku rasa, tapi sampai ke sudah asyik lupa aja. Hadoi...tadak rezekilah namanya tu. T_T

*****

4th pengalaman pulak salah tafsir kat FB (eh silaplah..Friendster sebenaqnya). Rumet uplod gambo aku yang suka buat pose buruk-buruk. Pastu dekat description dia tulis "Berat 66".


Aku ingatkan maksud dia yang berat aku ni 66kg. Memang kecik atilah. Rupa-rupanya 66 tu bukan enam puluh enam sebaliknya nanang. Maksudnya lebih kurang macam teruk or parah (refer pada perangai buruk aku). Hehe sehari suntuk jugaklah aku merajuk ngan rumet pasal benda ni. Nasib baik rumet cepat explain. Kalau tak, mau melarat sampai seminggu. Ngeh3. Pasal berat pon boleh merajuk...Kartun sungguh!!

*****

Last but not least, masa aku join Palapes Tentera Darat kat U. Masa ni aku fittique (jaga bab-bab makan contohnya macam serve n kemas mass @dapur markas).


Perabis buang dalam loghat utara maksudnya habiskan sampai licin, bukannya buang terus kasi cik pah. Disebabkan kapten tu salah paham, aku yang kena denda. Nasib2. Lenguh jugaklah tangan kena front support. Puas aku explain tapi langsung tamau dengaq. Malulah tu.Ecece


*****


Ada banyak lagi pengalaman salah tafsir yang aku alami. Tapi tak bolehlah nak cita sampai semua. Kang macam membuka pekung di dada pulak. kan??? Kebanyakannya mesti lebih kepada loghat. Itulah keunikan Malaysia. 


ps: Ampa plak macam mana?? Penah salah tafsir @ salah faham @ salah maksud @ misunderstanding dan yang sama waktu dengannya tak?? 
share lah sket!!!!


**babai**




sudah baca?? komen sket leh?? tengs

25 comments:

Anonymous said...

Saya pun pernah mengalami salah tafsir.. lawak jugak ni.. saya suka loghat penang dan kelate.. best :)

✿INA AINAA✿ said...

hahaha msa ena mula mula masuk dlu, ena pun selalu salah tafsir.. lagi satu, pasal kopek tu.. ena selalu cakap "Wei tolong kopekan rambutan ni untuk aku".. pastu dorng gelak kat ena.. T_T.. skrg baru tau kopek tu bg org kelantan ialah toootttttt

Zaim said...

huhu..selamat maju jaya :)

Unknown said...

hahhaaa.. best plak bace entry nie.. an perna dlu study kat penang.. pas tuh, first jumpe kawan, ngan dak kedah.. msej2 ngan die coz nak p kelas same2 esok harinye.. pas tuh, die ada tulis perkataan " STG".. nga2 bace msej tuh, an tersentap.. ape nie die ckap.. "SOTONG" ke? hahhaa.. bile tanye roomet an, bwu thu.. upenye SAT G ( kejap lagi ).. hahhaa..

CikMunBlogger said...

haha , macam lawak punn ade . best dapat pengalaman macam nie . hehe XD

Arina Shamsul said...

Hehehehe..agak lawak juga pengalaman ko ni dear..hehehe.

Ada juga rasany saya salah tafsir,tapi dah tak ingat dah..hehehe.

Nurain said...

bestt entryy :)

Unknown said...

hahahha. sumpah lawak. saya gelak tertungging tungging. haha

Haqif Azmi said...

warna warni malaysia..

Unknown said...

@Qalyna
loghat kedah xminat ka??hehe

Unknown said...

@✿Lady Ainaa✿
haha kalau rumet saya dengar awak cakap gitu mesti merah padam muka dia..ngeh3

Unknown said...

@Zaim
selamat maju jaya too

Unknown said...

@Nuraihan Kassim
haha lawak3..penah jugak saya anto mesej gitu kat kawan saya, org melaka..saya cakap "saya bawak stg"..dia pon mcm awak igt stg tu sotong..punyalah dia tunggu sotong celup tepung..haha

Unknown said...

@CikMunBlogger
memang sangat best..

Unknown said...

@Arina Shamsul
ada yg lawak ada yg sedih..tp saya cuma cita yg lawak aja..xbestlah citer yg sedih

Unknown said...

@nurayn
tengs

Unknown said...

@wan aidil anwar
gelak tunggang tungging xpe jangan jatuh tertungging udah..sakit woo

Unknown said...

@Pak Jhu
sayang Malaysia

Unknown said...

hehheee.. sotong.. lawak la..

Unknown said...

@Nuraihan Kassim
stg..sinonim dgn sotong je kot..hehe

Miss Weirdo said...

salam.. done follow! Follow me back =)

Unknown said...

@Yana Blogger
wsalam...ok

YouSOF said...

Kalau dekat Johor, kopek = tanggalkan/ buka Cth;- kopek sticker, kopek rambutan. ;D

Sangap = Menguap. Bila datang KL sangap tiba² bertukar jadi gian/ ketagih etc. hehe.

Dianz Ipoh said...

dah selalu sangat .. huhu..
pastu buat muka tak tahu je la .. hihi

Unknown said...

@u.m.i.e
nak buat macam mana lagi..buat muka seposen jelah