Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Thursday, 20 December 2012

Man vs cat

Assalamualaikum pembuka bicara..

Sapa sini suka makan koeteow goreng?? Angkat tangan!! Angkat tangan cepat, aku nak kira. Nanti boleh aku belanja koeteow goreng sedap kat Kola Ketil. Haha nak dak? Hah cepat cepat. Haish tadak orang angkat tangan pon. Hmm takpalah selamat duit aku. ^_^



Dah lama tak makan koeteow goreng. Kelmarin air liuq ni asyik dok melelah aja sebab kempunan nak makan. Paksa jugak diri sendiri meredah hujan semata-mata nak beli koeteow. Sampai kat kedai, terus order 5 bungkus. 1 untuk mak, 1 untuk abah, 1 untuk adik, n selebihnya untuk aku. Misi untuk diet gagal seketika sebab kasi laluan kat selera makan yang membuak-buak. Buat tak tau aja bila mak n adik perli. xklqwsjkhfh...


Wokeh hari ni bukannya nak citer pasal koeteow goreng. Entri hari ni berkenaan peristiwa yang aku alami masa ngah beli koeteow goreng.. Citer dia ceni

Masa kat kedai tu, sambil ngah tunggu koeteow siap, aku main game cikai kat henset lu. Tetiba mai 5 orang budak laki lepak-lepak kat kedai tu. Aku namakan depa dengan Si A, Si B, Si C, Si D, dan Si E. Depa duduk selang 4 meja dari meja aku. Aku rasa budak-budak tu baru lepas SPM kot. Enjoy semacam ja aku nengok. Dari jauh aku usha aja perangai budak-budak tu sorang demi sorang. Bukan main lagi dok phewit phewit kat anak dara orang. Asal nampak ada pempuan comey lalu aja mesti nak kacau. Haha biasalah tu budak baru nak tumbuh bulu ketiak, kata abah aku.


 Dalam ramai-ramai tu, Si C lah yang paling galak. Dialah yang paling banyak n paling giat dok ngorat anak dara orang. Mungkin sebab dia paling macho kot. Rupa ada, badan tough, tinggi, n macam-macam lagilah. Pendek kata, semua ciri-ciri lelaki impian wanita tu ada kat dia. Ofkoslah kalau dia ngorat ramai pempuan sangkut. Tak gitu?



Hmm..selang beberapa minit, aku punya order n makanan bebudak tu pon sampai. Tak dan nak toleh kanan kiri depa terus makan dengan lahapnya. Aku pon blah pi kaunter untuk bayar. Masa ngah tunggu turn nak bayar tiba-tiba ada bunyi sora orang jerit plus pinggan jatuh berterabur kat lantai. Aku cepat-cepat pusing. Naluri keinginan nak tau membuak-buak sebab tulah aku pusing. Bukan nak kepochi ek.
 
Aiseh, mau pecah perut aku gelak. Budak laki yang macho tadi yang jerit lor. Ingatkan sebab apa rupa-rupanya jerit sebab takut ngan kucing. Gila!! Hilang semua macho. Sian plak aku nengok budak tu. Teruk dia kena gelak ngan kawan-kawan dia. Bukan tu ja. Siap kena perli ngan budak pempuan yang dia try ngorat, "harap muka ja macho tp ngan kucing pon takut". Merah padam muka budak tu. 
 
 
Haha siyes aku tak sanggup nak tengok muka budak laki tu lama-lama. Sian. Terus aku blah balik rumah. Dalam hati ni tak sabaq nak citer kat mak. Ngeh3...
 
 

Moral of the story:
Jaga adab n tingkahlaku masa di khalayak ramai.
Jangan cuba tarik perhatian umum dengan perangai yang tak disenangi.
Takut hanya pada Allah, bukan makhluk Allah.


**babai**




sudah baca?? komen sket leh?? tengs

Friday, 30 November 2012

Cegah sebelum parah

Assalamualaikum pembuka bicara..

Hari ni tadak intro coz intro balik kampung. Bercuti katanya!! Terus ke intipati entri hari ni. Enjoy!!










Puas menyental kepala adik aku yang penuh ngan kelemumur. Haish dah bapa lama tak syampoo ntah sampai berkeping-keping kelemumur dok jatuh kat baju. Umo dah 14 tahun, tp kepala sendirik pon tak pandai nak jaga. Haiya!! Lepas tu kalut dok garu kepala sampai berserabut rambut. Bila ditegur dia tanya kita "ada ala-ala korea x??" Caish tadak maknanya!!



**babai**




sudah baca?? komen sket leh?? tengs

Thursday, 22 November 2012

Kentut

Assalamualaikum pembuka bicara..

Tak tau pasaipa hari ni aku asyik terdengar, terbaca, tersebut, n tertulis pasal KENTUT aja. Sampai terkentut aku dibuatnya. Tapi orait jugak, sbb kentut neh dah kasi idea kat aku untuk buat entri ni. Selamat membaca....jangan terkentut sudah!!



Enjoy!!!

Ali pi klinik untuk buat pemeriksaan kesihatan.









Seminggu kemudian...





THE END


Loh hidung n telinga sumbat rupanya!!! Buang masa aja ampa baca. Hehe.
Lebih baik p tengok Lagenda Budak Setan 2 kat panggung. Bila ek nak tayang?? Nak tau KLIK SINI


**babai**



sudah baca?? komen sket leh?? tengs

Monday, 19 November 2012

Traffic Light Lesson

Assalamualaikum pembuka bicara..

First time try buat katun bergerak2. Teringin nak try buat sebab jeles dengan kecomelan n kemantapan kartun bergerak yang Mr Santan Manis munyer. Siyes jeles yang teramat melampau. Ada yang jadi n ada yang boleh buat orang pening kepala. Hope masih ada yang sudi membaca walaupun banyak kekurangan. InsyaAllah akan berusaha gigih memantapkan pergerakan kartunku..Hehe

Enjoy!!










Sian cikgu yang mengajar. Tak pasal-pasal dapat jawapan yang bernas drpd student. Tak boleh nak salahkan budak-budak coz depa belajaq drpd org besaq. Yelah orang besaq yang bawak keta, asal nampak lampu kuning aja terus speed. Haish, runsing2. Tak pasal2 cikgu kena betulkan. 

Amacam??Pening tak kepala ampa dok tengok katun bergerak2 aku neh??
Kalau pening meh kita hilangkan dengan menengok cara menghias dalaman umah.


**babai**



sudah baca?? komen sket leh?? tengs

Friday, 16 November 2012

Cuq udang vs cuq badak

Assalamualaikum pembuka bicara..

Teringat zaman dulu-dulu masa selalu ikut mak pi pasar malam. Tengah syok2 dok beli nasi tomato tetiba ternampak scene neh..nasib baik zaman dulu tadak handset kemre, kalau tak dah lama aku rakam then masuk lam laptop. Edit serba sikit, pastu uplod u tube. Ngeh3 nawaitu jahat mai dah. Wokeh jom skodeng.

Enjoy


Mai sorang pelanggan laki. Muda g lebih kurang awal 30-an.


perbualan berterusan



hmmm



Ampa sokong sapa??
Mak cik jual cucuq udang 
or
Tukang beli yang pegang cucuq badak??

hehe


**babai**



sudah baca?? komen sket leh?? tengs

Tuesday, 13 November 2012

salah tafsir

Assalamualaikum pembuka bicara..

Sepanjang sebulan aku berblog,1st time aku konfius nak taruk tajuk sesuai. Macam-macam tajuk yang ada dalam kepala hotak aku neh. Salah Faham, Salah Maksud, Misunderstanding, Loghat n macam-macam lagilah. Fikir punya fikir, finally aku rasa better aku taruk aja, Salah Tafsir. Ngeh3 langsung tadak dalam senarai Brainstorm. Takpalah janji ada tajuk. Tak gitu?? Pendapat ampa, tajuk apa yang sesuai untuk entri ni??


*****

Susah oo kalau salah tafsir. Silap-silap boleh gaduh kalau tak disetelkan dengan cepat. Setiap orang comfirm penah alami masalah ni kan?? Oleh sebab aku pon orang makanya aku tak dapat lepas daripada terima pengalaman tu. Meh nak share sket pengalaman salah tafsir yang pernah aku alami..

*****

1st pengalaman, masa mula-mula masuk matrik. Dulu perkataan 'salin' sememangnya aku sebut dalam BM iaitu salin. Bila masuk matrik aja majoriti cakap copy.


Cuak + terkejut jugaklah tyme ni. Mana taknya, penat tangan aku menyalin nota kuliah yang 2 jam nya. Sapa tak marah beb kalau kotoq. Jenuh nak salin balik. Ghhghjkxbkli....

*****

2nd pengalaman paling tak dapat lupa.Masih kat matrik. Otw nak pi main beskal, tiba-tiba lupa bawak matrik kad. Balik bilik cari purse sebab kad matrik ada dalam tu. Tak jumpa. Then tanya rumet, orang kelate.



Siyesly masa tu aku tak tau yang kopek dalam loghat kelate maksudnya tuuuttt. Kalau dalam loghat kedah, maksudnya purse. Sebab tu aku releks aja sebut. Hehe sian rumet aku. Merah padam muka dia tahan malu + marah. Haha sorry ek rumet. Tulah sapa suruh hang tak habaq awai2.

*****

3rd pengalaman, masih lagi dengan si rumet. Tyme cuti sem saja-saja mesej dia. Konon-konon nak tanya habaq.


Masa dapat mesej ni ingatkan rumet saja nak melawak bodoh ngan aku. Alih-alih memang betoi. Kue Taik Itik rupanya. Ces rasa macam dipermainkan. Lain kali letaklah perkataan kue kat depan tu. Hmm rumet cakap aja nak bawak kasi aku rasa, tapi sampai ke sudah asyik lupa aja. Hadoi...tadak rezekilah namanya tu. T_T

*****

4th pengalaman pulak salah tafsir kat FB (eh silaplah..Friendster sebenaqnya). Rumet uplod gambo aku yang suka buat pose buruk-buruk. Pastu dekat description dia tulis "Berat 66".


Aku ingatkan maksud dia yang berat aku ni 66kg. Memang kecik atilah. Rupa-rupanya 66 tu bukan enam puluh enam sebaliknya nanang. Maksudnya lebih kurang macam teruk or parah (refer pada perangai buruk aku). Hehe sehari suntuk jugaklah aku merajuk ngan rumet pasal benda ni. Nasib baik rumet cepat explain. Kalau tak, mau melarat sampai seminggu. Ngeh3. Pasal berat pon boleh merajuk...Kartun sungguh!!

*****

Last but not least, masa aku join Palapes Tentera Darat kat U. Masa ni aku fittique (jaga bab-bab makan contohnya macam serve n kemas mass @dapur markas).


Perabis buang dalam loghat utara maksudnya habiskan sampai licin, bukannya buang terus kasi cik pah. Disebabkan kapten tu salah paham, aku yang kena denda. Nasib2. Lenguh jugaklah tangan kena front support. Puas aku explain tapi langsung tamau dengaq. Malulah tu.Ecece


*****


Ada banyak lagi pengalaman salah tafsir yang aku alami. Tapi tak bolehlah nak cita sampai semua. Kang macam membuka pekung di dada pulak. kan??? Kebanyakannya mesti lebih kepada loghat. Itulah keunikan Malaysia. 


ps: Ampa plak macam mana?? Penah salah tafsir @ salah faham @ salah maksud @ misunderstanding dan yang sama waktu dengannya tak?? 
share lah sket!!!!


**babai**




sudah baca?? komen sket leh?? tengs

Friday, 9 November 2012

Tujuh Keturunan

Assalamualaikum pembuka bicara.

Entri hari ni tadak kaitan dengan sapa2 yang masih hidup atau yang telah kembali ke rahmatullah. Sekadar suka2.

Enjoy!!

Seperti hari-hari biasa, Mak cik Syarifah Rozana ngan anak dia, Danish Hakim, meneruskan aktiviti harian depa iaitu meminta sedekah untuk mencari rezeki. Sedang depa dua asyik menunggu syiling sekupang dua jatuh dalam kole duit, tiba2 Danish Hakim mengajukan satu soalan cepumas kepada Mak cik Syarifah Rozana.






habis cerita..


moral of the story:
fikir sendiri!!! ngeh3


**babai**




sudah baca?? komen sket leh?? tengs