Friday 19 April 2013

Aku dah jadi cikgu weh!!!

Assalamualaikum pembuka bicara...

Wow dah bulan 4 upanya. Lama jugaklah aku tak merapukan diri kat sni. Tersangatlah bizi lepas dapat tawaran interim kat SMK Kuala Ketil. Malas nak hapdet pon ada jugak. Alhamdulillah sangat best interim kat situ walaupun 1st tyme kena ngajaq kat sekolah menengah n baru sebulan kat sana. Hope dapat terus posting situ. Ngeh3..



Banyak pengalaman best yang aku dapat sepanjang interim ni. Banyaknya pengalaman lucu. Nanti bila ada kelapangan aku cita ek. Untuk hari ni aku tamau beletiaq panjang. Cukup sekadar buat comeback. Haha

*babai*





sudah baca?? komen sket leh?? tengs

Wednesday 6 March 2013

Finally!!!

Assalamualaikum pembuka bicara..


Sebulan dah tak hapdet belog sebab mood tak mai. Bimbang pasai intabiu cikgu-cikgi yang langsung tak panggil2. Pernah cerita bab ni dalam entri nebesnya!!! Alhamdulillah ada kengkawan yang sudi respon kasi semangat kat aku untuk terus sabaq. Hehe tima kasih kengkawan. 

Untuk pengetahuan kengkawan suma, aku tak dapat tawaran intabiu. Siyesly aku habaq, aku langsung tak sedih, tak frust, tak geram, tak marah dll. Lagi hepy adala. Hepy sebabnya aku dapat Penilaian Khas. Special kes punya grup utk student pendidikan yang pngk 3.50 n above, serta A- or A dlm praktikum. Yang penting in sha Allah lebih mudah drpd intabiu. Ngeh3. Syukur pada Allah atas segala rezki yang dibagi.




Ada 1 lagi berita baik. Hari ahad ni aku dah stat mengajaq. Haha setelah 1thn membela badan kat umah, finally aku jadi cikgu weh. Kah3. Wish me luck k...


**babai**



sudah baca?? komen sket leh?? tengs

Saturday 16 February 2013

Nebesnya!!!!

Assalamualaikum pembuka bicara..

Haritu baru aja bersemangat waja mengepos entri pasal interview cikgu-cikgi. Tapi sampai hari ni nama aku yg comey ni still xtersenarai dalam kalangan calon yg layak. Haish!! Siyes rasa nak mencarut puas2.. Wat de fuhh???? Dah setahun kot aku tunggu....

Waaa nak keja....


Tadak moodnya nak buat apa2 pon selagi tak dapat keputusan!!!

Haish harap2 adalah rezki aku nak keja tahun ni. 


**babai**

 

sudah baca?? komen sket leh?? tengs

Friday 15 February 2013

Wish me luck, gang...

Assalamualaikum pembuka bicara..

2 minggu sudah abah tinggalkan kami sefemly. Ya Allah, rindunya kat arwah. Hmm perlu kuatkan semangat untuk teruskan hidup. Tak boleh terus2 melayan perasaan sebegini. Im strong...Yup itu betoi!! Hehe..


Lagi beberapa jam aku dah boleh check senarai nama untuk temuduga cikgu cikgi kat web spp. Hope nama aku tersenarai dalam calon yang layak utk ditemuduga. Hehe punyalah semangat nak ditemuduga tapi studynya langsung maleh.. Takpa2 masih sempat lagi. Wish me luck gang.. Tak sabaq nak keja dah neh. Rindu kat bebudak istimewa membuak2 sudah. Kah3...





study3






**babai**





sudah baca?? komen sket leh?? tengs

Saturday 2 February 2013

Semoga abah tenang di sana..Amin

Assalamualaikum pembuka bicara..

Al-Fatihah buat abah tersayang yang telah kembali ke rahmatullah pada 30 Januari 2013, jam 11.20pagi akibat barah otak. Semoga roh abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Amin. To abah, kakak sayang abah sangat-sangat. Tapi kakak tau Allah lebih sayangkan abah. Sebab tu dia ambil abah. Kakak redha dengan pemergian abah walaupun sedih.

Abah, kakak happy sebab Allah bagi peluang kat kakak untuk jaga abah walaupun cuma 5 bulan. Kakak puas. Kakak jugak bersyukur pada Allah sebab diberi peluang untuk berada di sisi abah sehingga ke akhir hayat abah. Dan kakak juga adalah anak abah yang paling bertuah kerana abah meninggal dalam pelukan kakak. Anak abah yang sorang ni jugaklah yang paling banyak peluang untuk mencium abah buat kali terakhir. Alhamdulillah.

Abah, pemergian abah benar-benar menginsafkan semua hadirin yang ziarah. Abah cuma seolah-olah tidur dan bukannya meninggal. Muka abah berpeluh-peluh dan mulut abah tersenyum manis. Mungkin gembira sebab penderitaan abah di dunia sudah berakhir. Kulit abah yang sebelum ini gelap menjadi putih bersih setelah selesai dimandikan. Urusan memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan, dan mengebumikan abah berjalan sangat pantas tanpa ada sebarang gangguan atau kejadian yang tak diingini. Keadaan abah membuatkan ramai hadirin yang sebelum ini berprasangka buruk pada abah mula mengubah persepsi masing-masing. Kakak bangga dengan abah.

In Sya Allah, walaupun jasad kita terpisah, tapi abah tetap dalam kenangan kakak. Kakak akan sentiasa doakan abah disana. Saaaayang abah.


**babai**



sudah baca?? komen sket leh?? tengs

Tuesday 29 January 2013

Cleaning In Progress

Assalamualaikum pembuka bicara..



Kalaulah blog aku ni adalah sebuah jamban, comfem bau harumnya boleh pecahkan rekod dunia sebab dah lama tak cuci. Hmm kalau blog aku sorang orang plak, comfem badan dah tumbuh segala kulat, spora, dan segala bakteria yang sewaktu dengannya sebab dah lama tak mandi. Dan kalau blog aku ni... Haish banyak pulak kalaunya.

Hehe. Saja nak bagi banyak perumpamaan sebagai pemberitahuan yang aku ni dah lama tak hapdet belog. Taun 2013 dah lama mai, tapi dekat2 nak habis bulan 1 baru nak hapdet. So sory. Internet tak bayaq. Ngeh3

Nantikan entri seterusnya yeah. Hari ni tamau hapdet panjang2 sebab nak kasi laluan kat mata utk nengok Running Man. Marathon Running Man..Keke...


**babai**



sudah baca?? komen sket leh?? tengs