Assalamualaikum pembuka bicara..
Al-Fatihah buat abah tersayang yang telah kembali ke rahmatullah pada 30 Januari 2013, jam 11.20pagi akibat barah otak. Semoga roh abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Amin. To abah, kakak sayang abah sangat-sangat. Tapi kakak tau Allah lebih sayangkan abah. Sebab tu dia ambil abah. Kakak redha dengan pemergian abah walaupun sedih.
Abah, kakak happy sebab Allah bagi peluang kat kakak untuk jaga abah walaupun cuma 5 bulan. Kakak puas. Kakak jugak bersyukur pada Allah sebab diberi peluang untuk berada di sisi abah sehingga ke akhir hayat abah. Dan kakak juga adalah anak abah yang paling bertuah kerana abah meninggal dalam pelukan kakak. Anak abah yang sorang ni jugaklah yang paling banyak peluang untuk mencium abah buat kali terakhir. Alhamdulillah.
Abah, pemergian abah benar-benar menginsafkan semua hadirin yang ziarah. Abah cuma seolah-olah tidur dan bukannya meninggal. Muka abah berpeluh-peluh dan mulut abah tersenyum manis. Mungkin gembira sebab penderitaan abah di dunia sudah berakhir. Kulit abah yang sebelum ini gelap menjadi putih bersih setelah selesai dimandikan. Urusan memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan, dan mengebumikan abah berjalan sangat pantas tanpa ada sebarang gangguan atau kejadian yang tak diingini. Keadaan abah membuatkan ramai hadirin yang sebelum ini berprasangka buruk pada abah mula mengubah persepsi masing-masing. Kakak bangga dengan abah.
In Sya Allah, walaupun jasad kita terpisah, tapi abah tetap dalam kenangan kakak. Kakak akan sentiasa doakan abah disana. Saaaayang abah.
**babai**

12 comments:
Takziah awak .. be strong, okay? :)
Al-fatihah..semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Semoga akak sekeluarga sentiasa tabah.
takziah kak.. Al-Fatihah..
ya ALLAH . sabar ye kakak . sya pon bru je khlngn atuk ngn kucing ksygn sye .x sampai smnggu . semua ad hikmah kak . al fatihah buat ayah kakak . smgo roh nya tng & dtmpatkn d klgn org beriman :) jgn sedih2 kak !
assalamualaikum , kakak . kalau x kisah follow blog saya bleh ? blog akubukanblurr.blogspot.com yg sye komen td sya dh delete . ni blog baru :)
takziah
dan al-fatihah utk arwah ayah kamu
semoga anda kuat :)
Salam takziah dari saya .
Al fatihah .
salam takziah untuk sekeluarga. be strong ya akak ;)
takziah ye adik...kak as fhm situasi adik skrg...apapun kita yg hdp perlu teruskan kehidupan dlm mencari keredhaan ILAHI....akak tau adik org yg kuat dan tabah...sama2 kita doakan roh arwah tenang di sana....
takziah..semoga ayahanda sudari ditempatkan dlm kalangan org2 yg beriman.
bila matinya seorang anak adam itu terputuslah sgalanya kcuali 3 perkara..salah satunya adalah anak yg soleh!Teruskan berdoa utk nya.
takziah..kuatkan semagat ya..
Salam Takziah dri saya , kuatkan smangat yew .
Post a Comment