Thursday 20 December 2012

Man vs cat

Assalamualaikum pembuka bicara..

Sapa sini suka makan koeteow goreng?? Angkat tangan!! Angkat tangan cepat, aku nak kira. Nanti boleh aku belanja koeteow goreng sedap kat Kola Ketil. Haha nak dak? Hah cepat cepat. Haish tadak orang angkat tangan pon. Hmm takpalah selamat duit aku. ^_^



Dah lama tak makan koeteow goreng. Kelmarin air liuq ni asyik dok melelah aja sebab kempunan nak makan. Paksa jugak diri sendiri meredah hujan semata-mata nak beli koeteow. Sampai kat kedai, terus order 5 bungkus. 1 untuk mak, 1 untuk abah, 1 untuk adik, n selebihnya untuk aku. Misi untuk diet gagal seketika sebab kasi laluan kat selera makan yang membuak-buak. Buat tak tau aja bila mak n adik perli. xklqwsjkhfh...


Wokeh hari ni bukannya nak citer pasal koeteow goreng. Entri hari ni berkenaan peristiwa yang aku alami masa ngah beli koeteow goreng.. Citer dia ceni

Masa kat kedai tu, sambil ngah tunggu koeteow siap, aku main game cikai kat henset lu. Tetiba mai 5 orang budak laki lepak-lepak kat kedai tu. Aku namakan depa dengan Si A, Si B, Si C, Si D, dan Si E. Depa duduk selang 4 meja dari meja aku. Aku rasa budak-budak tu baru lepas SPM kot. Enjoy semacam ja aku nengok. Dari jauh aku usha aja perangai budak-budak tu sorang demi sorang. Bukan main lagi dok phewit phewit kat anak dara orang. Asal nampak ada pempuan comey lalu aja mesti nak kacau. Haha biasalah tu budak baru nak tumbuh bulu ketiak, kata abah aku.


 Dalam ramai-ramai tu, Si C lah yang paling galak. Dialah yang paling banyak n paling giat dok ngorat anak dara orang. Mungkin sebab dia paling macho kot. Rupa ada, badan tough, tinggi, n macam-macam lagilah. Pendek kata, semua ciri-ciri lelaki impian wanita tu ada kat dia. Ofkoslah kalau dia ngorat ramai pempuan sangkut. Tak gitu?



Hmm..selang beberapa minit, aku punya order n makanan bebudak tu pon sampai. Tak dan nak toleh kanan kiri depa terus makan dengan lahapnya. Aku pon blah pi kaunter untuk bayar. Masa ngah tunggu turn nak bayar tiba-tiba ada bunyi sora orang jerit plus pinggan jatuh berterabur kat lantai. Aku cepat-cepat pusing. Naluri keinginan nak tau membuak-buak sebab tulah aku pusing. Bukan nak kepochi ek.
 
Aiseh, mau pecah perut aku gelak. Budak laki yang macho tadi yang jerit lor. Ingatkan sebab apa rupa-rupanya jerit sebab takut ngan kucing. Gila!! Hilang semua macho. Sian plak aku nengok budak tu. Teruk dia kena gelak ngan kawan-kawan dia. Bukan tu ja. Siap kena perli ngan budak pempuan yang dia try ngorat, "harap muka ja macho tp ngan kucing pon takut". Merah padam muka budak tu. 
 
 
Haha siyes aku tak sanggup nak tengok muka budak laki tu lama-lama. Sian. Terus aku blah balik rumah. Dalam hati ni tak sabaq nak citer kat mak. Ngeh3...
 
 

Moral of the story:
Jaga adab n tingkahlaku masa di khalayak ramai.
Jangan cuba tarik perhatian umum dengan perangai yang tak disenangi.
Takut hanya pada Allah, bukan makhluk Allah.


**babai**




sudah baca?? komen sket leh?? tengs

Sunday 16 December 2012

Aku mau kurus!!

Assalamualaikum pembuka bicara..

Hari ni ada sikit kerajinan untuk kemas almari baju. Susun semula and asingkan baju yang dah tamau pakai. Kalau elok lagi boleh kasi kat sepupu-sepapat kat kampung. Hehe. 



Ngah asyik dok mengasing baju tetiba ternampak baju mak aku yang dia pakai masa zaman anak dara dulu. Baju kurung cotton corak polka dot. Cantik. Terus cakap kat mak, aku nak baju tu. Mak aku cakap ameklah kalau padan. Haish awat pulak tak padan? (beletiaq dalam hati)


Tanpa segan silu, aku terus sarungkan baju. Waaaaa ketatnya. Tak muat nak masuk lengan pon. Sedih. Terus ngadu kat mak. Mak kata baju tu dia pakai masa umoq dia 25 kalau tak silap. Haiya, umoq aku baru 23 tapi dah tak boleh nak muat baju mak. Kesedihan bertambah n semakin bertambah bila mak cakap masa umoq 25 berat dia 45kg. Jauh beza ngan aku yang baru umoq 23 tp berat dah cecah 54. Terbalik!! Ofkoslah tak muat. Waaa reyau sepanjang hari.

Lepas ni kena kuatkan semangat untuk diet. Doakan aku ek.

**babai**



sudah baca?? komen sket leh?? tengs

Wednesday 12 December 2012

Impian jadi kenyataan..Oppa!!!!!!

Assalamualaikum pembuka bicara..

Warning!! Entri agak panjang.

Cerita beberapa minggu lepas. Rasanya tak basi lagi. Hmm. Macam mana nak stat ek?

Owh ok.. Macam ni. Satu hari kawan aku, Maya mintak temankan dia pi Korea. Saja nak bercuti katanya. Semua perbelanjaan dia tanggung. Aku tak payah keluarkan se sen pon. Daripada sebelum pi, sampailah dah balik semula kat Mesia, semuanya dia tanggung. Wah best giler. Biasalah, anak bisnesman. Ofkoslah banyak duit. Bodohlah aku kalau aku tolak. Alah kalau ampa jadi aku pun mesti ampa setuju aja nak temankan dia. Toi dak?? Ngaku cepat!!! Haha tambah-tambah kalau ampa tu peminat tegar Kpop @ Drama Korea @ Variety Show dll. Manalah tau kot-kot terserempak ngan oppa-oppa cute kat sana, boleh mintak sign pastu posing-posing sket. Kan?


Wokeh dicepatkan cerita, aku n Maya berlepas ke Korea pada tarikh n waktu yang ditetapkan. Mula-mula tu nebes jugaklah sebab 1st tyme nak pi obesi n 1st tyme naik flight. Maya toksah dok cerita la. Naik flight n pi obesi tu dah macam mainan dia dah. Nasib baik ada Maya. Semua Maya yang uruskan. Aku plak cuma ikut aja bontot dia sambil tangan sibuk-sibuk dok snap pic. Konon-konon untuk cewi kat blog. Haha. Sangat best. 

Alhamdulillah lepas berjam-jam dalam flight akhirnya kami dua selamat sampai kat Korea. Masa tu dah petang so aku n Maya cepat-cepat amek teksi untuk pi hotel. Sepanjang perjalanan ke hotel, aku n Maya tak habis-habis dok posing sakan, sampai ahjussi teksi tu senyum-senyum kambing aja nengok gelagat kami. Lantaklah, janji banyak gambaq. Haha. Bila dah letih posing, kami jamu mata plak ngan pemandangan Korea yang sangat comey. Ngah syok syok dok jamu mata tetiba ternampak billboard yang tempek poster Running Man. Terus aku habaq kat Maya. Saja ja nak cewi kat Maya sebab dia tak minat Running Man. Bosan katanya. Hmm.


Ahjussi taxi tu terdengar aku sebut Running Man then terus dia tanya, "minat Running Man ka?" (dalam BI slang Korea). Aku angguk dengan penuh semangat sebagai tanda yg aku ni peminat fanatik variety show tu. Siap sebut semua nickname artis yang ada dalam Running Man lagi.  Ahjussi taxi tu terus gelak kuat-kuat sambil angguk-angguk kepala. Mungkin percaya kot yang aku betoi-betoi peminat fanatik. Lepas dia dah habis gelak, Maya terus tanya dia, "awat pak cik gelak semangat ngat?". Terus dia habaq yang esok pagi, Running Man nak buat rakaman kat hotel yang kami dok tu sempena anniversary 50 tahun pembukaan. What!! Siyes?? Macam tak pecaya weh. Haha ada can la nak tengok Ace Ji Hyo n Haroro depan mata. Ngeh3.


Sesampai aja kat hotel, Maya uruskan hal-hal check-in n aku plak dok sibuk tanya pasal Running Man kat oppa penyambut tetamu. Saja nak tau, kot-kotlah ahjussi taxi tu nipu. Selidik punya selidik nengok-nengok betoi. Oppa tu kata lebih kurang pukul 9am kot depa nak stat rakam. Wah!! Terus la la tu jugak aku set alarm fon pukul 7am takut tak jaga. Oppa penyambut tetamu tu senyum aja.

Malam tu lepas makan terus tito awal sebab takut esoknya tak jaga. Esoknya dengar aja alarm fon pukul 7am, terus lompat bangun. Sebelum ni asal dengar alarm ja comfem snooze dulu. Haish ni lah yang dikatakan 'power of Running Man'. -_-". Terus gerak Maya then mandi. Maya ofkoslah merungut sebab dia kan tak minat Running Man. Apa kejadahnya dia nak pi tengok. Tapi demi sahabat kesayangan dia, dia ikut jugak. Hehe tengs Maya.


Lebih kurang pukul 7.30am kami keluaq pi sarapan dulu. Awai lagi masa tu tapi orang ramai dah penuh kat taman bunga tepi hotel. Kru-kru Running Man ngah sibuk dok set up lokasi. Penonton plak dok sibuk mekap poster n banner masing-masing. Haish ramailah pulak. Tak jadi nak sarapan. Terus pi cop ruang yang straight ngan stage. Lebih kurang kol 8.30am, semua artis keluaq ke stage. Suasana jadi makin bising sebab semua penonton dok jerit-jerit sebut nama artis kesayangan depa. Ehem ehem termasuklah aku. Tak berenti sebut Haha Oppa, Jihyo Unni saranghaeyo. Ngeh3. Keadaan jadi makin bising bila Jae Suk Oppa umum artis undangan untuk hari tu. Yong Hwa CNBlue n Nickhun 2pm. Fuiyoo sangat best sebab 2 orang guest tu memang selalu dijemput n depa 2 tersangatlah tera. Wokeh tinggalkan hal itu seketika.


Episode kali ni PD oppa bahagikan artis2 tu pada 3 grup. Grup 1st=Yong Hwa-Jihyo-Gary, Grup 2nd= Jong Kook-Haha-Gwang Soo, Grup 3=Jae Suk-Nickhun-Suk Jin. Itu aja yang aku faham. Lepas pada tu dah tak tau apa yang PD dok terang pasal game tu sebab tak faham bahasa Korea. So buat tak tau ajalah. Tiba-tiba semua artis tadi lari sambil pegang tangan turun stage n berpusu-pusu dok mai kot arah aku n Maya. Terpinga-pinga kami 2. Nasib baik ada sorang penonton Korea yang boleh cakap omputih. Dia lah yang dok jadi tukang translate kat aku n Maya. Rupa-rupanya untuk game 1st, setiap grup perlu cari sorang pelancong luar sbg grup member untuk turut serta dalam game. Oleh sebab aku n Maya pakai tudung, makanya dari jauh lagi depa dah aim. Haha untung-untung. Dapat masuk tv. Aku dapat join grup Jihyo, Maya plak join grup Jae Suk. Wow Jihyo sangat cantik. Lagi cantik drpd dalam tv. Dahlah cantik, baik plak tu. Masa tu rasa macam tak sabaq nak balik Mesia sebab nak habaq kat semua orang suh nengok Running Man. Jangan mis walaupun 1 ep sebab aku lupa nak tanya ep yg ngah rakam tu ep brapa. Parah!!!


Untuk game 1st, pelancong kena humming lagu yang dia dengaq ikut headphone n grup dia kena teka ngan betoi dalam masa 1 minit. Sangat takut sebab aku tak tau sangat lagu-lagu Korea. Tapi takpa i'll try my best for them. Punyalah aku humming dengan bersungguh-sungguh sebab tamau kecewakan ahli grup. Alhamdulillah untuk game ni grup yang aku join menang sebab dapat teka 7 lagu dalam masa 1 minit. Yeay aku terjerit-jerit happy. Banyak kot. Grup len maximum boleh teka pon 2 aja. ^_^  Seingat aku lagu-lagu yang aku dengaq lagu Heart Beat-2pm, Bye bye bye-Park Hwayobi, Crazy-Son Dam Bi, Back in time-Lyn, Tell your wish-SNSD, Loveable-Kim Jong Kook, n Rosa-Haha. Semuanya aku penah dengaq sebab tu aku boleh humming ngan best. Tehehehe.

Perasaan happy sebab menang still belum habis. Makanya aku masih lagi semangat dok menjerit. Makin lama aku jerit makin kuat sebab Ji Hyo dok cubit lengan kanan aku sekuat hati. Sampai terpejam mata aku dibuatnya untuk tahan sakit. Puas aku dok suruh dia lepas. Tapi dia tak mau. Dia kata kalau nak dia lepas, bukak mata dulu. Yolah aku pon bukaklah mata yang cute neh. Surprise!!!! Tiba-tiba aja mak aku ada depan mata. Haha terus aku lompat-lompat happy then terus ajak mak aku pi jumpa Jong Kook. Puk!! mak luku kepala aku. "Jong Kook padia?? Tu lah yang gatai pi tidoq maghrib-maghrib tu sapa suruh. Dah tu dok melalak macam orang menang kereta besaq. Aku terpinga-pinga then terus tengok sekeliling n nampak laptop yang tengah terpasang Running Man. Aiseh mimpi upanya. Haish!! frust.


-end of story-

pengajaran: Jangan tidoq lepas asar.

kredit to pemilik freebies doodle:
FizGraphic


**babai**



sudah baca?? komen sket leh?? tengs

Tuesday 11 December 2012

Menu tab bertukar wajah lagi

Assalamualaikum pembuka bicara..

Tak tau pasaipa sejak akhir-akhir ni suka sangat dok buat macam-macam kat belog kartun neh. Ubah tang sana, ubah tang sini. Kononnya nak bagi lawa. Lawa ker?? Haha. Kadang-kadang diri sendiri aja yang tengok lawa, tapi orang lain tengok pening kepala aja. Takpalah sekadar suka-suka. Nanti kalau ramai yang kondem aku buanglah. Ngeh3.


Nak tau tak natang pa yang baru kat blog aku neh??

Hmm nothing important. Cuma menu tab baru aja.

Dulu munya macam ni. Kaku keras aja.

La ni dah lembut sket dah. Bila tikuih sentuh boleh main peek a boo dah. Tak caya try geletek natang menu tab kat atas nun. Huihuihui...Hmm jeles dak?? Nak tau cena nak buat?? 20 sen!!! hehe just kidding..

Wokehlah selesai sudah bab cewi mencewi, la ni cek nak pi tidoq. 

**babai**



sudah baca?? komen sket leh?? tengs

Monday 10 December 2012

"GIVEAWAY FREE DOMAIN FOR ALL PARTICIPANTS :D"

Assalamualaikum pembuka bicara..

Jom join GA ni.. Berbaloi-baloi oi oi oi oi (gema).

Klik banner utk join.

Rasanya dah ikut syarat yang ditetapkan. Harap-harap tadak tang tertinggal. Hehe

Jom reramai kita serang GA ni sebelum terlambat. Tarikh tutup: Hmm nengok sendirik kat blog empunya GA. Jangan marah...


**babai**



sudah baca?? komen sket leh?? tengs

Sunday 9 December 2012

Doodle Request

Assalamualaikum pembuka bicara..

Kebizian masih melanda diri ini makanya mood untuk tulis entri agak merudum. Untuk itu, good news pada mereka-mereka yang merequest doodle.So sory sebab lambat.

Wokeh meh nengok dudel-dudel yg siap buat masa sekarang. Kepada sapa-sapa yang berkenaan sila ambik doodle anda masing-masing ek. Ehem-ehem sebelum tu, nak mintak tolong klik iklan boleh? Kasilah sket komisyen kat kite..Hehe

time kasih pada sapa-sapa yang klik..










Hanani Fiee


Shasha Yacob


Nad Araf (FsSyNnia)


Nazz (Short & Funny)



ps: Lepas ni tamau kasi doodle free dah. hehe nak buat doodle trade plak. ngeh3. jom tukar-tukar doodle..


**babai**




sudah baca?? komen sket leh?? tengs

Thursday 6 December 2012

Laugh or Doa??

Assalamualaikum pembuka bicara..

Just a simple entry for today. I'm very busy right now. Enjoy!!



I choose "Doa is the best medicine". Why?? Because Doa is Muslim's weapon.. What about u?? Tell me please..


ps: Acu cuba try test buat entri dalam bi. Eleh guna ayat bebudak tadika aja. Tu pon jenuh dok terkial-kial selak kamuih. Tolong check sat grammar cek. Habaq na salah kat mana..

**babai**



sudah baca?? komen sket leh?? tengs

Tuesday 4 December 2012

Hadiah Doodle part 2

Assalamualaikum pembuka bicara..

Kelmarin dah berjaya lunaskan janji untuk kasi hadiah doodle kat 8 orang yang jawab pertanyaan aku. Hari ni aku akan lunaskan janji untuk lagi 7 orang. Sebelum ni ingatkan 8, rupa-rupanya aku terkira sekali ngan komen yg diremove.

Wokeh tanpa membuang masa meh amek doodle masing-masing ek..





Nur Azura



Selesai sudah semua hutang-piutang.. Tinggal nak buat doodle request aja. To sesapa yang request doodle, sory sbb akan dapat lambat. Terpaksa ulang-alik ke hospital buat masa sekarang.

**babai**



sudah baca?? komen sket leh?? tengs

Monday 3 December 2012

Hadiah Doodle part 1

Assalamualaikum pembuka bicara..

Jam sekarang menunjukkan pukul 2.30 pagi. Tak tidoq lagi sebab baru sudah siapkan 8 ketul doodle untuk 8 orang yang kasi pendapat dalam entri ni. Baki lagi 8 ketul doodle akan dibagi dalam next entri ek. Hari ni tak sempat nak siapkan semua. Meh amek doodle masing-masing... Sory kalau tak menepati selera. 











**babai**



sudah baca?? komen sket leh?? tengs

Feedback pendapat!!

Assalamualaikum pembuka bicara..

Kelmarin aku ada mintak sikit pendapat drpd para blogger tentang satu kemusykilan. Bagi yang tak tau menau, sukacita dimaklumkan bahawa anda perlu rujuk sini. Time kasih kepada blogger-blogger yang sanggup membuang masa menjawab kemusykilan aku dengan seikhlas hati. Insya Allah, janji aku untuk mengkasikan seulas doodle kepada sesiapa yang kasi pendapat akan dilunaskan tak lama lagi. Harap dapat menunggu dengan penuh kesabaran kerana sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman. Cewah!!


Wokeh, biaqlah aku berterus-terang tujuan sebenaq aku menyusahkan ampa semua dengan mintak pendapat bagai..Ekceli, sebelum ni aku salah sorang drpd mangkuk ayun yang selalu taruk link iklan kat kotak jerit orang secara haram. Siyesly memang masyuk bila buat macam tu. Lebih masyuk berbanding kita mintak tolong orang klikkan. Semua tu aku belajaq drpd orang-orang yang lebih terdahulu dr aku. Bila ramai sangat yang buat macam tu, so aku pon dengan bangganya turut join buat macam tu. Dah ramai orang buat ofkoslah aku ingat benda alah tu orait. Tapi, aku mula rasa tak sedap hati nak buat macam tu lepas terbaca 1 warning kat kotak jerit beberapa blogger yang cakap "aku tak halalkan kalau korang post iklan kat sini" aaa lebih kurang macam tu lah. 


So itu pasallah aku mintak pendapat ampa semua. Nak juga tau majoriti suka atau tak ngan situasi gitu. Alahai..berdasarkan pendapat2 yang dikasi, kesimpulannya majoriti blogger benci ngan benda alah tu. Wokehla sebagai orang Islam, aku mengharapkan rezeki yang halal. Makanya, secara rasmi aku berjanji takkan post link secara haram kat kotak jerit orang. Lepas ni aku post secara halal ek yakni mintak tolong secara baik2..Hehe. Tak pon bila aku singgah kat mana-mana blog, aku klik nuff @ heartbeat @ lain-lain iklan then mintak tolong depa klik link iklan aku plak. Orait dak gitu?? Ngeh3...

ps: Wokeh perlu buat doodle utk 16 orang. So sory to sapa2 yang komen kat entri dulu selepas ni. Sudah tak mapu nak kasi doodle. Fuh!!


**babai**



sudah baca?? komen sket leh?? tengs

Sunday 2 December 2012

Apa pendapat ampa??

Assalamualaikum pembuka bicara..

Tamau buat intro..

Perasaan ingin tau yang menebal dalam diri. Nak tanya pendapat ampa semua sket. Harap dapat jawab dengan ikhlas. 


Situasi....

Si A pi blog ampa dan tinggalkan jejak dia kat kotak jerit ampa dengan "nickname C". Maksudnya menyamar jadi orang lainlah. Bila ampa klik "nickname C" untuk balas kunjungan dia, nengok-nengok link tu sebenarnya link iklan dan bukanlah link blog.

Soalannya...
  1. Pernah tak ampa alami situasi kat atas?
  2. Pernah tak ampa buat macam si A dalam situasi kat atas?
  3. Ampa suka atau tak kalau alami situasi kat atas?
  4. Kalau dah terklik, adakah ampa akan menghalalkan atau tak menghalalkan duit tu?

Post jawapan kat komen ek
 
Kertas soalan tamat.

 Jawab dengan ikhlas ek. Tengs sudi buang masa untuk jawab soklan ni. Sebagai balasan, setiap yang jawab akan dikasi doodle. Boleh request nak doodle macam mana. Tapi jangan minta lebih-lebih sangat sebab kite ni tadaklah pandai mana nak melukis doodle. Setakat lukis ala-ala orang lidi tu bolehlah. Hehe


**babai**



sudah baca?? komen sket leh?? tengs

Saturday 1 December 2012

Doodle request drpd Nurul Ain

Assalamualaikum pembuka bicara..

Finally, doodle request yang terakhir untuk hari ni. Huh lega. Setel sudah tanggungjawab aku. Meh kita nengok sapa yang kena!!


Miss Nurul Ain..last request untuk hari ni.

Hope u like it


Doodle Miss Nurul Ain kantoi naik scooter tak pakai helmet. hehe jom kasi tau pak polisi..Ngeh3


**babai**



sudah baca?? komen sket leh?? tengs

Doodle request drpd Cik Mun

Assalamualaikum pembuka bicara..

3rd doodle request yang berjaya disiapkan. Meh nengok sapakah empunya doodle tersebut!!

tudia..seperti yang sudah tertulis. tak lain tak bukan..drum drum drum. Cik Mun.. Clap clap clap!!!

Hasil research secara kecil-kecilan mendapati yg cik mun neh suka sangat makan cocopie. Makanya inilah hasil doodle yang mampu beta laksanakan.. Doodle cik mun ngah eksaited makan cocopie sampai mulut belemoih aka comot. Harap Cik Mun happy!!



ps: Tak tau kenapa, sampai sekarang tak suka makan cocopie!!!

**babai**




sudah baca?? komen sket leh?? tengs