Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Saturday, 10 November 2012

Freebies: Doodle Pengantin

Assalamualaikum pembuka bicara..

Cuti sekolah dah mula. Syoklah bebudak sekolah semua. Bolehlah berangan nak tidoq lewat sebab main game then bangun tidoq pukul 12 tengah hari. Kalau adik aku buat gitu, komfem mak aku tibai pungkoq. Hehe. Tu bagi budak sekolah. Bagi orang besaq-besaq plak, cuti-cuti panjang gini dimanfaatkan dengan pekawenan. Hmm kat umah aku la ni, belambak2 kad jemputan kawen. Sampai siap kena buat reminder takut lupa -ok tipu-. Satgi kalau lupa, merajuk pulak si pengantin tu. Maklumlah, kalau aku tadak makanya tak berserilah majlis tu nanti -tipu kali kedua-.

Sempena dengan musim kawen, aku dengan berbesar hati ingin kasi doodle pengantin pada sesapa yang berminat. Hehe sudi-sudilah amek doodle ku yang tak seberapa neh.



















Kepada ampa-ampa yang bakal kawen:

Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.
Jalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik.
Jujur pada pasangan anda.
Jangan ada rahsia antara ampa.


Ada orang amek doodle aku dak???


**babai**




sudah baca?? komen sket leh?? tengs

Tuesday, 6 November 2012

warkah buat abah

Assalamualaikum pembuka bicara...

Sudah beberapa hari aku tinggalkan blog ni tak berhapdet. Terpaksa berbuat demikian sebab menjaga abah kat spital. Maaf pada ampa-ampa yang asyik menengok entri yang sama selama beberapa hari. Wokeh, untuk menebus kesalahan aku, terimalah entri baru di blog sukakartun.

Entri bertajuk Warkah buat abah, khas untuk abah-abah di Malaysia. Mungkin ada beberapa orang menggaru2 kepala yang tak gatal bila tengok entri kali ni. Yelah tadak angin tadak ribut tadak taufan Sandy, tetiba ja buat entri pasal bapak. Hari bapa lepas lama dah cik Kartun ooii. Hmm pada sapa2 yang berfikiran macam tu sila tinggalkan blog ini segera. Heheheh blog aku, suka hati akulah nak tulis apa pon. 

Macam biasa, klik lagu dulu untuk lebih feel!!!




Muzicons.com

enjoy!!!


Warkah Buat Abah


 **************

**************

**************

**************

**************

**************

**************



Renungan:

“Seorang anak tidak dikira dapat membalas kebaikan bapanya, melainkan jika dia mendapati bapanya menjadi hamba (kepada seseorang), kemudian dia membelinya dan memerdekakan bapanya itu.” - Hadis Riwayat Muslim


Moral of the story:

Sayangilah dan jagalah abah, bapa, pak, ayah, abi, baba, daddy, papa, dll seperti mana dia telah menjaga kita sewaktu kita kecil. Berbuat baiklah kepadanya selagi dia masih bernafas di bumi Allah SWT supaya kita tak nyesal kemudia hari.


 

sudah baca?? komen sket leh?? tengs

Wednesday, 31 October 2012

Kisah cinta si gadis U

Assalamualaikum pembuka bicara..

Sudah 3 hari tak hapdet belog. Malas plus tadak idea. Entri hari ni adalah cetusan idea hasil dari kegigihan aku blogwalk selama 3 hari. Hmm tak sangka ramai sungguh kengkawan blogger yang suka tulis entri pasal cinta. Makanya aku pon menjadi teringin untuk membuat satu entri pasal cinta. 

Kisah cinta neh adalah kisah cinta sorang gadis yang aku kenal masa kat U dulu. Ada ubah sket2 mengikut kesesuaian.
Sebelum ampa semua teruskan dengan entri kali ni, suka untuk aku kasi sikit amaran.

AWAS!!!!
  • entri agak panjang. boleh buat ampa tak sempat tidoq. -_-'
  • penggunaan ayat dalam entri hari ni agak skema berbanding hari biasa!!! harap boleh terima.
  • untuk hasil yang lebih best, klik lagu kemudian teruskan. hehe bukan apa, baca sambil dengar lagu neh barulah sentimental sket.
 


Muzicons.com

 ********

********

********

********

********

********

********

********

********

********

********


Aku harap sangat yang depa dua ni dijodohkan bersama. Aku puji cara this girl. Dia sanggup ketepikan perasaan sendiri asalkan perasaan orang lain terjaga. Hmm lagipon lebih baik macam ni kan?? Kalau dah suka sama suka, kumpul duit then kawen. Atleast dapat cegah diri drpd melakukan zina. Salute u girl!!!!

Islam sendiri tak galakkan kita heboh2 kan kisah cinta pada orang ramai. Jangankan bercinta, bertunang pun tak digalakkan heboh. Cuma kawen saja yang perlu dihebohkan.

Nasihat aku untuk para gadis:
Jaga diri baik2. Jangan sampai hanyut dalam dunia cinta sampai membawa pada zina. Ingatlah sket, sekarang ni dah banyak sangat kes2 buang baby yang tak berdosa. Jangan risau kalau ampa masih single. Jodoh itu di tangan Tuhan. 

N satu perkara lagi, abah aku selalu pesan lelaki yang benar2 sayangkan kita ialah lelaki yang takkan sentuh kita walaupun sikit, sebelum kita sah jadi isteri dia. Hah cepat check bf masing2. Kalau sebelum kawen dah ngada2 nak pegang2 tangan, cubit2 pipi, cuit2 idung, tu maknanya cinta depa berlandaskan nafsu semata2. Say bye bye first sebelum depa tinggalkan kita.

**babai**




sudah baca?? komen sket leh?? tengs