Assalamualaikum pembuka bicara..
Mungkin ramai yang dah tau pasal ni tapi aku tetap nak siarkan berkali-kali sebagai peringatan kepada kita di Malaysia. Biasalah, bila hidup dalam kemewahan, kesenangan n keamanan, kadang-kadang buat kita alpa n mudah lupa pasal penderitaan saudara Islam kita di Palestin.
5 cara mudah untuk bantu gaza:
Pertama: Menderma / memberi sumbangan
Melalui derma, rakyat Palestin yang tertindas boleh mendapatkan rawatan perubatan, makanan, pendidikan yang baik dan lain-lain. Ada banyak badan yang bertanggungjawab untuk mengumpul dana bagi membantu Palestin.
SUMBANGAN MELALUI BANK
SUMBANGAN MELALUI SMS
Taip PALESTIN 10 (Jika nilai RM 10) dan hantar ke 39111
(RM10/RM5/RM3/RM1)
Kedua:Boikot produk yang memberi dana kepada Israel.
Antara produk2 yang menjadi sumber pendapatan Israel
Ketiga: Memperbaiki kualiti ibadah wajib
Seorang tentera Israel pernah menyatakan bahawa, yahudi hanya akan gentar apabila umat Islam mampu untuk solat Subuh secara berjemaah di masjid yang mana jumlah jemaahnya menyamai atau melebihi jumlah jemaah pada solat Jumaat. Seperti yang kita sedia maklum, solat Subuh sememangnya solat yang paling sukar untuk mendapatkan bilangan jemaah yang ramai. Faham-faham ajalah kenapa. So, meh sama-sama kita perbaiki kualiti ibadah wajib kita.
Keempat: Berkempen melalui media massa.
Kelima: Berdoa selalu kerana doa adalah senjata orang Islam.
ps: sekadar peringatan untuk diri sendiri dan rakyat Malaysia. Setakat ni, femly aku dah mula stop guna barang-barang Yahudi. Kalau dulu selalu makan bege mekdi, tp sekarang beli bege Ramly aja. Kalau dulu selalu spare Maggi perisa Kari, tapi sekarang sudah mula beli Mee Sedap perisa Kari. Kalau dulu selalu isi minyak kat SHELL sebab boleh dapat mata ganjaran BonusLink, tapi sekarang beralih arah ke Petronas..n banyak lagi...
Oh ya..bagi pempuan bertukarlah daripada Kotex kepada Libresse.
**babai**








