Assalamualaikum pembuka bicara..
Kelmarin dengan rajinnya aku godek2 FB lama sketlah berbanding sebelum ni. Sebelum ni bila buka FB cuma cek pak cik noti, mak cik friend request n adik mesej aja then terus chow. Benda alah lain yg ada kat home diabaikan dengan kadar segera oleh sebab kejemuan dan kemalasan yang berlipat ganda.
Godek punya godek terjumpa satu info yang best. Terus terdetik dalam hati nak jadikan entri. Meh nak share sesama..
Ciri-ciri wanita hantaran RM10,000 ke atas menurut Ustaz Azhar Idrus aka UIA UAI.
1. Tak tinggai semayang.
2. Tutup
3. Tak penah kapel. Erk,,zaman sekarang ada lagi ka??
4. Jaga tingkah laku.
5. Pandai ngaji.
6. Tau hukum agama.
7. Hafal Quran.
8. Pandai masak.
9. Pandai jahit
Setuju dengan pendapat UAI. Orang sekarang bergantung pada ciri-ciri lain dalam menetapkan mas kahwin atau hantaran. Contohnya macam status atau taraf kehidupan si gadis. Kalau kaya mas kahwin or hantaran mesti tinggi sket. Selain tu dari segi taraf pendidikan. Lagi tinggi taraf pendidikan si gadis makanya lagi tinggilah ehem2nya.
Tak guna jugak kalau letak harga tinggi2 tapi semayang malas, buka aurat sana-sini, bergaul bebas dan macam2 lagilah. Bagi kaum2 adam kat luaq sana, kalau tyme meminang nanti parents si gadis mintak RM 10000 ke atas n ampa tak brapa mampu, try selidik dulu sama da si gadis ada ciri2 kat atas atau x?? Kalau tak cukup tak berbaloi bayaq mahai2. Kalau mampu takpalah..Hehe
"Sebaik-baik mas kahwin itu adalah yang paling senang atau paling rendah" -Abu Dawud-
ps: Haish punyalah dok berkempen sakan. Jangan nanti mak aku pulak yang letak harga tinggi sudah. Alamatnya tak kawen lah aku sampai ke tua. -_-"
**babai**










