Saturday, 16 February 2013

Nebesnya!!!!

Assalamualaikum pembuka bicara..

Haritu baru aja bersemangat waja mengepos entri pasal interview cikgu-cikgi. Tapi sampai hari ni nama aku yg comey ni still xtersenarai dalam kalangan calon yg layak. Haish!! Siyes rasa nak mencarut puas2.. Wat de fuhh???? Dah setahun kot aku tunggu....

Waaa nak keja....


Tadak moodnya nak buat apa2 pon selagi tak dapat keputusan!!!

Haish harap2 adalah rezki aku nak keja tahun ni. 


**babai**

 

sudah baca?? komen sket leh?? tengs

Friday, 15 February 2013

Wish me luck, gang...

Assalamualaikum pembuka bicara..

2 minggu sudah abah tinggalkan kami sefemly. Ya Allah, rindunya kat arwah. Hmm perlu kuatkan semangat untuk teruskan hidup. Tak boleh terus2 melayan perasaan sebegini. Im strong...Yup itu betoi!! Hehe..


Lagi beberapa jam aku dah boleh check senarai nama untuk temuduga cikgu cikgi kat web spp. Hope nama aku tersenarai dalam calon yang layak utk ditemuduga. Hehe punyalah semangat nak ditemuduga tapi studynya langsung maleh.. Takpa2 masih sempat lagi. Wish me luck gang.. Tak sabaq nak keja dah neh. Rindu kat bebudak istimewa membuak2 sudah. Kah3...





study3






**babai**





sudah baca?? komen sket leh?? tengs

Saturday, 2 February 2013

Semoga abah tenang di sana..Amin

Assalamualaikum pembuka bicara..

Al-Fatihah buat abah tersayang yang telah kembali ke rahmatullah pada 30 Januari 2013, jam 11.20pagi akibat barah otak. Semoga roh abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Amin. To abah, kakak sayang abah sangat-sangat. Tapi kakak tau Allah lebih sayangkan abah. Sebab tu dia ambil abah. Kakak redha dengan pemergian abah walaupun sedih.

Abah, kakak happy sebab Allah bagi peluang kat kakak untuk jaga abah walaupun cuma 5 bulan. Kakak puas. Kakak jugak bersyukur pada Allah sebab diberi peluang untuk berada di sisi abah sehingga ke akhir hayat abah. Dan kakak juga adalah anak abah yang paling bertuah kerana abah meninggal dalam pelukan kakak. Anak abah yang sorang ni jugaklah yang paling banyak peluang untuk mencium abah buat kali terakhir. Alhamdulillah.

Abah, pemergian abah benar-benar menginsafkan semua hadirin yang ziarah. Abah cuma seolah-olah tidur dan bukannya meninggal. Muka abah berpeluh-peluh dan mulut abah tersenyum manis. Mungkin gembira sebab penderitaan abah di dunia sudah berakhir. Kulit abah yang sebelum ini gelap menjadi putih bersih setelah selesai dimandikan. Urusan memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan, dan mengebumikan abah berjalan sangat pantas tanpa ada sebarang gangguan atau kejadian yang tak diingini. Keadaan abah membuatkan ramai hadirin yang sebelum ini berprasangka buruk pada abah mula mengubah persepsi masing-masing. Kakak bangga dengan abah.

In Sya Allah, walaupun jasad kita terpisah, tapi abah tetap dalam kenangan kakak. Kakak akan sentiasa doakan abah disana. Saaaayang abah.


**babai**



sudah baca?? komen sket leh?? tengs